GAMBAR-GAMBAR

GAMBAR-GAMBAR

Friday 11 January 2013

Video - Conference Bersama Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, Naib Canselor UiTM bersama MPP UiTM Perak

Bismillahirahmanirahim,
Alhamdulillah, dalam kesibukan kami untuk menguruskan program PC Fair yang bakal kami anjurkan nanti, sempat juga saya untuk meneruskan penaipan bicara tentang aktiviti kami, pada 11hb Januari 2013, pada jam 3.00 petang, sempat juga kami ber-video conference bersama Dato' Seri NC di Dewan Mesyuarat Utama, Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM Perak. Dalam program yang agak santai ini, ia turut disertai oleh Rektor UiTM Perak, Yang Berbahagia Prof. Ir Dr Hjh Zainab Mohamed, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, Yang Berusaha Prof. Madya Ab. Razak Dahalan serta Penolong Pendaftar HEP, Puan Hanem Hafizah Ismail. Program ini agak menarik kerana jarang jarang sekali dapat kami untuk ber-video conference bersama Dato' Seri. 




Yang Berbahagia Rektor UiTM Perak serta Timb. Rektor HEP disambut dengan mesra oleh para MPP semua.


















 Saudari Najiha selaku Setiausaha Agung, MPP UiTM Perak mengajukan soalan kepada Dato' Seri.


Pelbagai juga soalan yang telah diutarakan kepada YgBrbahagia Dato' Seri NC.





 Begitu teruja melihat Saudari NurHidayah, selaku Bendahari Kehormat berbicara bersama Dato' Seri NC tentang isu akademik di UiTM. 




 Kelihatan bertali leher biru, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Perak, Saudara Kamarul Azirul b Kamarudin serta Naib Yang Dipertua, Saudara Mohd Saiful Hakimme b Ramlan sedang kusyuk mendengar penerangan YgBerbahgia Dato' Seri NC.





Exco Akademik, Keusahawanan dan Perhubungan Majikan, UiTM Perak, Saudari Nor Amalia bt Ahmad.


Khusyuk mendengar 

Barisan Exco Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Perak





Tiba pula soalan yang diajukan oleh YDP MPP UiTM Perak sendiri kepada Dato' Seri 







Kelihatan wajah Dato' Seri NC pada kaca televisyen yang dipancarkan secara langsung dari UiTM Kampus Induk, Shah Alam.






Dari kiri, Saudara Umarul, Saudara Farhan, Saudara Khairil serta  Saudara Amierul sedang  kusyuk mendengar  penerangan Dato' Seri NC.




 Setelah tamatnya sesi video-conference bersama Dato' Seri NC UiTM, kami dari barisan MPP telah mengadakan satu kejutan kepada Rektor UiTM Perak sempena Hari Lahir beliau.






Sempat juga kami mengadakan kejutan sempena hari lahir YgBrbahagia Rektor  UiTM Perak





Kami dari barisan Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Perak mengucapkan selamat hari lahir kepada YgBerbahagia Rektor UiTM Perak. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. 



Terima kasih diucapkan kepada YgBerbahagia Rektor kerana sempat meluahkan masa seketika untuk menyambut hari lahir beliau serta mendengar sedikit pendapat daripada kami tentang isu kolej serta kebajikan pelajar. 





No comments:

Post a Comment