GAMBAR-GAMBAR

GAMBAR-GAMBAR

Thursday, 24 January 2013

SALAM MAULIDUR RASUL

Surah al-Ahzab ayat 56

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada


Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta 

ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.




Monday, 14 January 2013

PERTANDINGAN DEBAT DAN PUBLIC SPEAKING

Bismillahirahmanirahim,
Alhamdulillah, dalam kesibukan kami untuk menguruskan program PC Fair yang akan berlangsung pada 15 hingga 17 January 2013, berkesempatan juga kami dari pihak Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Perak mengambil bahagian dengan menghantar wakil untuk menyertai Pertandingan Debat Destini Siswa. Pertandingan ini bermula pada tarikh 11 dan berakhir pada 14 January 2013 anjuran Emas Perak dan KPDA serta kerjasama dengan Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Perak, tahniah diucapkan kepada mereka kerana telah menganjurkan program yang menjadi medium kepada pelajar mengasah atau menemui bakat yang terpendam selama ini.

 

 



Antara perserta public speaking yang menyertai program ini.

 











Nor Amalia dan Nurul Najihah wakil MPP yang mendapat anugerah antara pendebat terbaik.










Faiz dan Rahman wakil Fakulti Sains Komputer Dan Matematik johan pertandingan debat.











                                                                           

Turut memeriahkan lagi program tersebut MPP serta SMF turut hadir bagi memberi sokongan pada peserta yang mengambil bahagian.




MPP dan SMF


 Suasana semasa berlangsungnya  program ini.







Tahniah kepada semua urusetia dan para peserta yang yang mengambil bahagian, semoga program-program seperti ini kerap di anjurkan bagi dapat mencari bakat- bakat baru dalam kampus serta dapt mengharumkan nama UiTM Perak.

Friday, 11 January 2013

Video - Conference Bersama Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, Naib Canselor UiTM bersama MPP UiTM Perak

Bismillahirahmanirahim,
Alhamdulillah, dalam kesibukan kami untuk menguruskan program PC Fair yang bakal kami anjurkan nanti, sempat juga saya untuk meneruskan penaipan bicara tentang aktiviti kami, pada 11hb Januari 2013, pada jam 3.00 petang, sempat juga kami ber-video conference bersama Dato' Seri NC di Dewan Mesyuarat Utama, Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM Perak. Dalam program yang agak santai ini, ia turut disertai oleh Rektor UiTM Perak, Yang Berbahagia Prof. Ir Dr Hjh Zainab Mohamed, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, Yang Berusaha Prof. Madya Ab. Razak Dahalan serta Penolong Pendaftar HEP, Puan Hanem Hafizah Ismail. Program ini agak menarik kerana jarang jarang sekali dapat kami untuk ber-video conference bersama Dato' Seri. 




Yang Berbahagia Rektor UiTM Perak serta Timb. Rektor HEP disambut dengan mesra oleh para MPP semua.


















 Saudari Najiha selaku Setiausaha Agung, MPP UiTM Perak mengajukan soalan kepada Dato' Seri.


Pelbagai juga soalan yang telah diutarakan kepada YgBrbahagia Dato' Seri NC.





 Begitu teruja melihat Saudari NurHidayah, selaku Bendahari Kehormat berbicara bersama Dato' Seri NC tentang isu akademik di UiTM. 




 Kelihatan bertali leher biru, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Perak, Saudara Kamarul Azirul b Kamarudin serta Naib Yang Dipertua, Saudara Mohd Saiful Hakimme b Ramlan sedang kusyuk mendengar penerangan YgBerbahgia Dato' Seri NC.





Exco Akademik, Keusahawanan dan Perhubungan Majikan, UiTM Perak, Saudari Nor Amalia bt Ahmad.


Khusyuk mendengar 

Barisan Exco Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Perak





Tiba pula soalan yang diajukan oleh YDP MPP UiTM Perak sendiri kepada Dato' Seri 







Kelihatan wajah Dato' Seri NC pada kaca televisyen yang dipancarkan secara langsung dari UiTM Kampus Induk, Shah Alam.






Dari kiri, Saudara Umarul, Saudara Farhan, Saudara Khairil serta  Saudara Amierul sedang  kusyuk mendengar  penerangan Dato' Seri NC.




 Setelah tamatnya sesi video-conference bersama Dato' Seri NC UiTM, kami dari barisan MPP telah mengadakan satu kejutan kepada Rektor UiTM Perak sempena Hari Lahir beliau.






Sempat juga kami mengadakan kejutan sempena hari lahir YgBrbahagia Rektor  UiTM Perak





Kami dari barisan Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Perak mengucapkan selamat hari lahir kepada YgBerbahagia Rektor UiTM Perak. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. 



Terima kasih diucapkan kepada YgBerbahagia Rektor kerana sempat meluahkan masa seketika untuk menyambut hari lahir beliau serta mendengar sedikit pendapat daripada kami tentang isu kolej serta kebajikan pelajar. 





Sunday, 6 January 2013

MALAM SAVE GAZA DAN SOLAT HAJAT PERDANA.

ALHAMDULILLAH,  DENGAN KUDRAH DAN IRADATNYA, BILANGAN YANG HADIR CUKUP MENGGAMITKAN DAN MEMERIAHKAN LAGI SETIAP PENJURU PUSAT ISLAM. MOGA-MOGA RUMAH ALLAH INI BUKAN SEKADAR DIPENUHI OLEH KERANA ACARA YANG BERLANGSUNG, TETAPI DIPENUHI DALAM MENGIMARAHKAN PUSAT ISLAM DENGAN AKTIVITI IBADAH YANG MENDEKAT DIRI KEPADANYA.

BUKAN JUA SEKADAR DIPENUHI SETIAP KALI JUMAAT.





DIMERIAHKAN LAGI DENGAN KEHADIRAN TIMBALAN REKTOR HEP UITM PERAK, YBHG. PROF  MADYA HJ. AB. RAZAK B DAHALAN. ACARA INI TURUT SERTA DISERTAI OLEH SAHABAT-SAHABAT DARI UITM , TAPAH. RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA PIHAK AMAN PALESTIN DAN JUGA  DI TUJUKAN KHAS KEPADA JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLEJ, UITM SERI ISKANDAR PERAK DALAM TURUT MEMBANTU KAMI DI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR 2012/2013 DALAM MELANSUNGKAN PROGRAM.

SEMOGA PROGRAM-PROGRAM SEPERTI INI MAMPU MEMBUKA MATA MAHASISWA KITA



PAMERAN-PAMERAN DIBUKA YANG MANA MEMPAMERKAN SEJARAH BERLAKUNYA KEGANASAN 

ISRAEL LAKNATULLAH DI PALESTIN.  SEJARAH BERMULA DARI LUASNYA TAPAK TANAH PALESTIN 

YANG KINI SEMAKIN KECIL SEBESAR ASAL TANAH ISRAEL DAHULU KALA.


MOGA KEHADIRAN MAHASISWA DI ACARA INI MEMBERIKAN REAKSI POSITIF MAHASISWA KAMPUS YANG MANA WAJIB BAGI SEORANG MUSLIM ITU CAKNA MENGENAI SAUDARANYA MUSLIMNYA YANG LAIN.

"SESUNGGUHNNYA ORANG-ORANG MU'MIN ITU BERSAUDARA"(AL-HUJURAT:10)


AYUH LAKUKAN PERUBAHAN!




BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG.

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2012/2013
AYUH KENALI WAKIL PELAJAR DI FAKULTI!

Saturday, 5 January 2013

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM



PEMBUKA BICARA
ASSALAMULAIKUM W.B.T


SALAM IMTIHAN (PEPERIKSAAN) KEPADA PELAJAR IJAZAH UITM PERAK DAN SELURUH UITM KAMPUS INDUK DAN CAWANGAN.

UNTUK KEBERAPA KALINYA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MENJADIKAN BLOG SEBAGAI WADAH ILMIAH DAN JUGA MANFAAT LAIN BAGI MENDEDAHKAN MAHASISWA KAMPUS TENTANG PERIHAL SEMASA KAMPUS.

MOGA-MOGA PLATFORM INI MENJADI SATU MANFAAT YANG TERBAIK KEPADA MAHASISWA AGAR CAKNA ISU SEMASA DAN JUGA MENDEKATKAN MAHASISWA DENGAN MPP UITM PERAK.

MOHON MAHASISWA DISINI MENJADIKAN BLOG INI SEBAGAI ALAT, BUKAN MENAIKKAN MANA-MANA ISU YANG BERCANGGAH DENGAN AKTA 173, AKTA 174 UITM.

SEGALA PERMASALAHAN DAN CADANGAN PERLULAH YANG DITITIK TOLAK SEBELUMYA AGAR TIDAK MENJADI PERMASALAHAN DI DALAM BLOG INI. 

MANFAATKAN SEBAIK MUNGKIN.


MAHASISWA BERFIKIR MENJANA KECEMERLANGAN

SEKIAN, SYUKRAN WA ASIF.