GAMBAR-GAMBAR

GAMBAR-GAMBAR

Tuesday 21 May 2013

AYUH MENJADI MAHASISWA DAN MAHASISWI !!!





Speaker baru di Pusat Islam


Buku-buku di sediakan bagi mereka yang berkelapangan.

* 1 je , tak di benarkan bawa balik!






 ceh, cermin ajaib!
woha!


Muslimat dah ada cermin, so cover your aurah before keluar dari tempat wudhuk!












Jadi, apa lagi? Jom sama-sama mengimarahkan Pusat Islam!

Kita pon dah tahu kan, majoriti umum Mahasiswa/i di UiTM , Seri Iskandar adalah beragama Islam.

Jadi, siapa lagi kalau bukan kita yang nak memeriahkan rumah Allah ini



Pusat Islam uitm perak menampilkan beberapa penambahbaikan kemudahan di ruangan pusat islam,penambahbaikan prasarana ini menyambut kedatangan pelajar2 baru dan pelajar2 diploma ke uitm perak tidak lama lagi..di sini saya ingin mengambi kesempatan untuk menyeru kepada mahasiswa yang mahu "menjadi mahasiswa" untuk ramai2 memeriahkan lagi pusat islam ini,mari kita ramai2 merenguk ilmu untuk memantapkan bekalan jiwa kita di pusat islam ini,insyallah anda akan rasa satu kelainan yang saya tidak dapat gambarkan keindhannya apabila berada disini..

Pesanan buat diri,buat diri,buat diri,dan anda semua untuk "menjadi seorang mahasiswa" bukan sahaja 3k iaitu,kelas,katil,kafe untuk memenuhi rutin yang sama setiap hari,tetapi ianya perlu juga pengisian rohani yang mantap...ingatperut je ke lapa????jiwa kita ni pon lapa tau....nanges2,meraung2 nk diisi dengan makanan..tetapi adakah anda mengisinya?????jangan zalim pada diri anda,kasihanilah diri anda..sebelum terlambat jom,kita sama2 perbaikinya..
berlari mencipta gelombang




-Ayuh menjadi mahasiswa/i -

ALHAMDULILLAH, SAYA DAH GRAD !!!

Alhamdulillah. syukur kerana dengan Kudrah dan Iradah Nya,  selesai sudah Majlis Istiadat Konvokesyen Ke 78 kali ini.  Tahniah kepada yang sudah merasai pengalaman menarik ini.  Tahniah di ucapkan dari kami di Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2012/2013.

Adakah anda sudah MENJADI mahasiswa????



MENJADI dan BERGELAR sama sekali amat berbeza..
tercabar atau tidak,jika saya katakan anda belum lagi menjadi seorang mahasiswa walaupun anda sudah mendapat skrol konvokesyen<<<<<"betul ke niy?????



jika mahukan jawapan anda sudah menjadi ataupun belum,jom baca artikel ini



Bergelar seorang mahasiswa atau mahasiswi sudah tentu berbeza dengan bergelar pelajar sekolah rendah atau menengah. Suatu masa dahulu, individu yang berjaya menjejak kaki ke menara gading akan menjadi sebutan orang serata kampung. Hari ini, mungkin tiada lagi.



Masuk dan keluar Universiti sudah menjadi perkara biasa dalam masyarakat. Namun begitu, fokus yang ingin saya bawakan bukan pada siapa yang masuk universiti atau tidak, tetapi nilai dan kredibiliti yang seharusnya ada pada mereka seiring keberadaan mereka dalam dunia pengajian di peringkat universiti.Ini yang ingin saya bincangkan. Gelaran mahasiswa atau mahasiswi tetap dipandang tinggi oleh masyarakat , meskipun bilangan mereka tidak terkira ramainya. Pada saya, kuantiti bukan masalah.



Tetapi yang menjadi permasalahan besar adalah kualiti yang seharusnya dipertahankan pada title tersebut. Hari ini , kita wajar membuka mata seluas2nya , bahawa title yang sekian lama dijulang boleh jadi akan dihumban ke dalam longkang!Siapa Mahasiswa & Mahasiswi?



Kita silap apabila menanamkan di benak fikiran kita, bahawa mahasiswa hanyalah golongan yang perlu cemerlang di atas kertas ujian semata2. Mahasiswa atau mahasiswi adalah para pelajar yang hanya perlu memfokuskan untuk memperolehi ijazah semata2. Kita silap. Tanggapan2 sebeginilah yang menyebabkan wujudnya mahasiswi yang menjadi GRO bagi menampung pengajian mereka, sebagai contoh.



Tanggapan2 sebeginilah juga yang akhirnya melahirkan para graduan yang tidak proaktif, beku, lesu dan bergerak hanya apabila disuruh.Tidak sama sekali. Mahasiswa atau mahasiswi adalah golongan yang kaya dengan idealisma perjuangan. Mereka ada visi dan misi yang hendak dibawa turun kepada masyarakat. Mereka jauh sekali dari menjadi seorang yang hanya berfikir untuk diri sendiri.



Sudah tentu mereka adalah golongan yang berjiwa besar, tidak gentar pada cabaran, tidak takut pada kekalahan dan paling penting, mereka ada matlamat dan perjuangan.Sayangnya , golongan2 mahasiswa atau mahasiswi sebegini bilangannya masih sangat sedikit, berbanding mereka2 yang masih terkepung dengan title ‘pelajar’ sehingga terbawa2 sikap dan perangai seperti ketika mengambil ujian UPSR atau PMR suatu ketika dahulu.Mahasiswa / wi IslamDaripada apa yang disebutkan di atas, sebenarnya mahasiswa/wi Islam satu darjat lebih tinggi dan sewajibnya berada di satu peringkat yang lebih tinggi. Ini kerana mahasiswa/wi Islam bukan sekadar berjiwa besar dan matang, bahkan matlamat dan tujuan mereka jelas untuk Islam.



Sudah tentu, ke’izzahan diri mereka lebih menonjol berbanding golongan mahasiswa/wi yang lain. Sewajarnya begitu.Tetapi hari ini, cakapan di atas masih berlegar dalam bentuk retorik semata2. Realiti hari ini, golongan mahasiswa/wi Islam tidak cukup gah berbanding yang tidak islamik. Mahasiswa/wi Islam tidak hanya ditakrifkan sebagai mereka2 yang mendalami bidang syariah atau bahasa arab semata2, tetapi sekalian mereka2 yang beriltizam dengan kehidupan sebagai orang beragama, bukan orang agama!Sepatutnya, segala nilai agama Islam yang ada dalam diri mereka, menjadikan mereka sebagai mahasiswa/wi Islam yang jauh berbeza dari yang lain. Sebagai contoh, ketepatan masa. Mereka adalah mahasiswa/wi yang konsisten menjaga masa. Begitu juga dengan penampilan mereka. Segak dan kemas sepanjang masa.



Percakapan mereka terkandung nilai ilmu dan akhlak mereka dengan sendirinya mencerminkan kepada umum tentang siapa mereka. Sudah tentu mahasiswa/wi Islam bukan jenis yang selekeh. Bergelak tawa tanpa mengira tempat atau khayalak. Sentiasa lewat dan jarang sekali lebih awal apabila berjanji. Lebih menyukai hiburan daripada mendalami ilmu pengetahuan. Mengabaikan amanah berupa wang atau perbelanjaan yang disponsor dengan membazirkannya pada perkara2 yang sia2.



Pakaian langsung tidak dijaga, pakai sahaja mana yang ada. Lebih teruk daripada itu, tidak langsung dilihat sebagai orang beragama, apatah lagi mahasiswa/wi Islam.Mahasiswa/wi Islam Irbid, JordanMasuk kepada skop yang lebih kecil dan mungkin lebih realistik, iaitu suasana mahasiswa/wi Islam di Irbid. Saya gemar menggunakan istilah mahasiswa/wi Islam secara umum tanpa membanding2kan mana2 universiti – supaya masing2 sedar bahawa kita adalah mahasiswa/wi Islam yakni golongan beragama, bukan sekadar golongan agama.



Usah disempitkan agama untuk orang2 tertentu, kerana ia seolah menafikan agama yang ada pada anda.Pada saya, pembinaan diri adalah antara fokus utama yang wajib ada pada setiap mahasiswa/wi di sini. Bukan lagi terperangkap dengan tumpuan kepada kejayaan di atas kertas periksa semata2, bahkan pembinaan diri sendiri yang hari ini lebih menjadi tuntutan berbanding selainnya.



Mengejar kejayaan akademik tidak salah, bahkan digalakkan, cuma jangan sampai terlupa tentang tuntutan penghasilan modal insan iaitu diri anda sendiri. Hari ini, di Malaysia , ribuan graduan masih menganggur lantaran keengganan majikan mengambil mereka bekerja kerana tidak memenuhi kriteria2 yang diinginkan.



Di bawah tajuk pembinaan diri, saya ingin highlightkan beberapa perkara.

Antaranya :-

1- Kecemerlangan Akademik & Kemantapan ThaqafahPada saya, dua perkara ini adalah keutamaan yang tidak boleh dinafikan. Pastikan bahawa kita bukan hanya cemerlang di atas kertas ujian sahaja, bahkan sebaliknya benar2 menyimpan ilmu tersebut di dalam dada. Di samping itu, kemantapan thaqafah – yang mana lebih kepada ilmu di luar bidang atau pengkhususan kita – juga perlu diberi perhatian. Yakinlah bahawa hanya dengan ilmu anda akan berjaya. Justeru, bina diri anda dengan memantapkan kedua2 perkara tersebut.



2- IdeologiMenjadi seseorang yang mempunyai ideologi , meskipun berbeza2, adalah jauh lebih baik daripada menjadi seorang yang tidak ada ideologi. Dalam masa yang sama, mereka cenderung untuk menjadi lalang yang hanya bergerak mengikut tiupan angin. Ingat, kita adalah golongan berilmu dan kita sedang menimba ilmu. Kita bukan orang awam. Justeru bina prinsip dan jadilah mahasiswa/wi yang ada ideologi/ fikrah. Percayalah, tiada seorang tokoh pun yang lahir hari ini tetapi tidak ada pegangan tersendiri.



3- KematanganAmbillah sedikit masa untuk merenung diri sendiri. Adakah aku masih berada di bangku sekolah menengah atau sedang berada di alam universiti? Tepuklah pipi kuat2 dan katakan pada diri sendiri, bahawa anda semakin dewasa dan anda bukan lagi seorang budak! Justeru, alihlah perhatian anda dari alam warna warni penuh fantasi ke alam realiti yang sedang anda duduki sekarang ini. Apabila anda bercakap, cubalah bercakap selayaknya siapa anda sekarang ini, bukan lagi anda yang dulu. Belajarlah bercakap, belajar berhujah dan belajarlah berfikir. Percayalah bahawa dari situ anda akan semakin matang.



4- PenampilanPelik rasanya jika mahasiswa/wi Islam masih perlu disuruh dan diajar untuk berpakaian secara kemas. Itu tidak sepatutnya berlaku. Tetapi tidak mengapa, kempen tetap kempen. Namun apa yang lebih penting adalah kesedaran. Jika minda anda melihat ia hanya setakat kempen, tentu sekali sukar untuk diikut. Cubalah tanamkan dalam diri anda sendiri, bahawa imej seseorang menjaga gelarannya. Imej seorang mahasiswa/wi Islam mustahil sama dengan peniaga pasar malam? Itu contoh. Sekecil2 perkara, biarpun sekadar berpakaian , tetapi sebenarnya menunjukkan sejauh mana anda menghargai ‘siapa anda’.



5- SikapSaya melihat , ada beberapa perkara yang asalnya mudah , tetapi semakin lama menjadi semakin kusut, hanya disebabkan masalah sikap semata2. Saya bawakan contoh, isu muraqib. Awalnya saya mengkaji juga tentang isu tersebut dan tergerak juga mahu menulis satu artikel berkaitan, tetapi akhirnya saya sedari bahawa sekusut mana pun masalah tersebut, ia tidak akan menjadi sedemikian kusut jika tidak kerana permasalahan sikap. Dan dalam isu muraqib, sikap segelintir daripada akhawat amat2 menyumbang kepada kekusutan masalah tersebut.Ada segelintir akhawat yang menunjukkan sikap kebudak2an yang bagi saya cukup tidak wajar dipraktikkan oleh seorang mahasiswi Islam. Sebagai contoh, berdegil untuk tidak menggunakan khidmat muraqib.



Memberi alasan tidak mahu menyusahkan, jarak yang dekat, tahu jaga diri dan sebagainya. Saya merasa aneh jika pernyataan2 sedemikian keluar daripada mulut golongan bergelar mahasiswi, lebih2 lagi mahasiswi Islam!Sewajarnya mereka yang bermati2an mempertahankan hak mereka untuk mendapat khidmat muraqib. Ya benar, mereka ada hak. Kerana keberadaan mereka di sini adalah atas dasar jagaan, bermakna keselamatan mereka dijaga dan dijamin, yang mana jika tiada kesemua jaminan tersebut, boleh jadi mereka tidak wujud di sini hari ini. Hak mereka ada, yakni untuk dimuraqibkan ke mana2 destinasi, pada mana2 masa yang telah dipersetujui.



Saya sudah ulas di atas tentang masa. Seorang mahasiswa/wi Islam sewajibnya mereka yang paling konsisten dengan ketepatan masa.Jadi, di mana masalahnya jika mereka menuntut hak untuk dimuraqib, dengan memberikan masa yang jelas, kemudian datang muraqib membawa mereka ke mana2 tempat, sehingga mereka dapat sampai dengan aman dan selamat? Jawapannya , tidak ada. Kebanyakan masalah yang timbul adalah apabila sikap kebudak2an/kedegilan tersebut tidak mahu diubah, lantas meletakkan keutamaan diri sendiri melampau keutamaan umum.



Isu muraqib di atas hanya sekadar satu contoh mudah yang ingin saya bawakan, sebagai satu contoh sikap yang tidak wajar sama sekali ada pada mana2 mahasiswi Islam, khususnya di Irbid hari ini. Mengubah sikap anda, bermakna anda berjaya membina diri anda ke satu tahap yang lebih baik.PenutupOrang berjaya adalah orang yang sentiasa memperbaiki kelemahan diri sendiri dan berusaha untuk menjadi yang terbaik di antara yang terbaik.



Orang yang gagal pula adalah orang yang hanya memasang angan2 tanpa bertindak untuk menjadikannya suatu kenyataan. Mahasiswa mahasiswi Islam wajib menjadi golongan pertama. Kembalikan semula identiti yang sepatutnya ada pada mahasiswa/wi Islam hari ini. Buktikan bahawa kita bukan golongan yang hanya tahu membaca dan mengira. Sebaliknya kita benar2 adalah the future leader.

YANG DIPERTUA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UITM PERAK SESI 2012/2013
KAMARUL AZIRUL BIN KAMARUDIN