| Executive Management |
GAMBAR-GAMBAR
Wednesday, 17 April 2013
PENGENALAN
Program ini merupakan satu program perintis keusahawanan yang menempatkan graduan IPTA /IPTS dan Politeknik terpilih bersama Pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS) di sekitar negeri Perak. Gandingan Usahawan Perantis dan Pengusaha akan mewujudkan keuntungan bersama di mana graduan boleh mendapatkan pengalaman praktikal perniagaan sebagai persediaan untuk menjadi usahawan dan membantu meningkatkan prestasi perniagaan pengusaha dengan cara memperbaiki tahap kualiti, produktiviti dan persaingan perniagaan pengusaha. Selain itu, seorang pensyarah UiTM akan ditugaskan menjadi kaunselor perniagaan kepada Usahawan Perantis dan pengusaha.
Program Tunas Mekar adalah cetusan ilham Yang Berbahagia Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Program ini merupakan kerjasama pintar di antara Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri Malaysia, Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana. Melihat kepada keberkesanan Program Tunas Mekar yang berjaya melahirkan graduan usahawan, maka Tunas Mekar Siri IV bagi negeri Perak diteruskan bagi memberi pendedahan, pengetahuan dan pengalaman sebagai usahawan kepada graduan IPTA/ IPTS dan Politeknik.
BERMINAT?
BOLEH ISI DI DALAM BORANG :
( Nor Amalia Ahmad)
(Exco Academic,
Exco Entrepreneurship,
Exco Career and Employer Relations
MPP UiTM PERAK 2012/2013 SESSION)
(Exco Academic,
Exco Entrepreneurship,
Exco Career and Employer Relations
MPP UiTM PERAK 2012/2013 SESSION)
Tel: +60134393548
Email: noramalia.mmpuitmperak@gmail.com
Thursday, 24 January 2013
SALAM MAULIDUR RASUL
Surah al-Ahzab ayat 56
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada
Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta
ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.
Surah al-Ahzab ayat 56
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada
Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta
ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.
Monday, 14 January 2013
PERTANDINGAN DEBAT DAN PUBLIC SPEAKING
Bismillahirahmanirahim,
Alhamdulillah, dalam kesibukan kami untuk menguruskan program PC Fair yang akan berlangsung pada 15 hingga 17 January 2013, berkesempatan juga kami dari pihak Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Perak mengambil bahagian dengan menghantar wakil untuk menyertai Pertandingan Debat Destini Siswa. Pertandingan ini bermula pada tarikh 11 dan berakhir pada 14 January 2013 anjuran Emas Perak dan KPDA serta kerjasama dengan Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Perak, tahniah diucapkan kepada mereka kerana telah menganjurkan program yang menjadi medium kepada pelajar mengasah atau menemui bakat yang terpendam selama ini.
Antara perserta public speaking yang menyertai program ini.
Nor Amalia dan Nurul Najihah wakil MPP yang mendapat anugerah antara pendebat terbaik.

Faiz dan Rahman wakil Fakulti Sains Komputer Dan Matematik johan pertandingan debat.
Turut memeriahkan lagi program tersebut MPP serta SMF turut hadir bagi memberi sokongan pada peserta yang mengambil bahagian.
MPP dan SMF

Suasana semasa berlangsungnya program ini.
Tahniah kepada semua urusetia dan para peserta yang yang mengambil bahagian, semoga program-program seperti ini kerap di anjurkan bagi dapat mencari bakat- bakat baru dalam kampus serta dapt mengharumkan nama UiTM Perak.
Friday, 11 January 2013
Video - Conference Bersama Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, Naib Canselor UiTM bersama MPP UiTM Perak
Bismillahirahmanirahim,
Alhamdulillah, dalam kesibukan kami untuk menguruskan program PC Fair yang bakal kami anjurkan nanti, sempat juga saya untuk meneruskan penaipan bicara tentang aktiviti kami, pada 11hb Januari 2013, pada jam 3.00 petang, sempat juga kami ber-video conference bersama Dato' Seri NC di Dewan Mesyuarat Utama, Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM Perak. Dalam program yang agak santai ini, ia turut disertai oleh Rektor UiTM Perak, Yang Berbahagia Prof. Ir Dr Hjh Zainab Mohamed, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, Yang Berusaha Prof. Madya Ab. Razak Dahalan serta Penolong Pendaftar HEP, Puan Hanem Hafizah Ismail. Program ini agak menarik kerana jarang jarang sekali dapat kami untuk ber-video conference bersama Dato' Seri.
Yang Berbahagia Rektor UiTM Perak serta Timb. Rektor HEP disambut dengan mesra oleh para MPP semua.
![]() |
| Saudari Najiha selaku Setiausaha Agung, MPP UiTM Perak mengajukan soalan kepada Dato' Seri. |
Pelbagai juga soalan yang telah diutarakan kepada YgBrbahagia Dato' Seri NC.
![]() |
| Begitu teruja melihat Saudari NurHidayah, selaku Bendahari Kehormat berbicara bersama Dato' Seri NC tentang isu akademik di UiTM. |
![]() |
| Exco Akademik, Keusahawanan dan Perhubungan Majikan, UiTM Perak, Saudari Nor Amalia bt Ahmad. |
![]() |
| Khusyuk mendengar |
![]() |
| Barisan Exco Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Perak |
![]() |
| Tiba pula soalan yang diajukan oleh YDP MPP UiTM Perak sendiri kepada Dato' Seri |
Kelihatan wajah Dato' Seri NC pada kaca televisyen yang dipancarkan secara langsung dari UiTM Kampus Induk, Shah Alam.
![]() |
| Dari kiri, Saudara Umarul, Saudara Farhan, Saudara Khairil serta Saudara Amierul sedang kusyuk mendengar penerangan Dato' Seri NC. |
![]() |
| Sempat juga kami mengadakan kejutan sempena hari lahir YgBrbahagia Rektor UiTM Perak |
![]() |
| Kami dari barisan Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Perak mengucapkan selamat hari lahir kepada YgBerbahagia Rektor UiTM Perak. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. |
Terima kasih diucapkan kepada YgBerbahagia Rektor kerana sempat meluahkan masa seketika untuk menyambut hari lahir beliau serta mendengar sedikit pendapat daripada kami tentang isu kolej serta kebajikan pelajar.
Sunday, 6 January 2013
MALAM SAVE GAZA DAN SOLAT HAJAT PERDANA.
ALHAMDULILLAH, DENGAN KUDRAH DAN IRADATNYA, BILANGAN YANG HADIR CUKUP MENGGAMITKAN DAN MEMERIAHKAN LAGI SETIAP PENJURU PUSAT ISLAM. MOGA-MOGA RUMAH ALLAH INI BUKAN SEKADAR DIPENUHI OLEH KERANA ACARA YANG BERLANGSUNG, TETAPI DIPENUHI DALAM MENGIMARAHKAN PUSAT ISLAM DENGAN AKTIVITI IBADAH YANG MENDEKAT DIRI KEPADANYA.
BUKAN JUA SEKADAR DIPENUHI SETIAP KALI JUMAAT.
DIMERIAHKAN LAGI DENGAN KEHADIRAN TIMBALAN REKTOR HEP UITM PERAK, YBHG. PROF MADYA HJ. AB. RAZAK B DAHALAN. ACARA INI TURUT SERTA DISERTAI OLEH SAHABAT-SAHABAT DARI UITM , TAPAH. RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA PIHAK AMAN PALESTIN DAN JUGA DI TUJUKAN KHAS KEPADA JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLEJ, UITM SERI ISKANDAR PERAK DALAM TURUT MEMBANTU KAMI DI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR 2012/2013 DALAM MELANSUNGKAN PROGRAM.
SEMOGA PROGRAM-PROGRAM SEPERTI INI MAMPU MEMBUKA MATA MAHASISWA KITA
PAMERAN-PAMERAN DIBUKA YANG MANA MEMPAMERKAN SEJARAH BERLAKUNYA KEGANASAN
ALHAMDULILLAH, DENGAN KUDRAH DAN IRADATNYA, BILANGAN YANG HADIR CUKUP MENGGAMITKAN DAN MEMERIAHKAN LAGI SETIAP PENJURU PUSAT ISLAM. MOGA-MOGA RUMAH ALLAH INI BUKAN SEKADAR DIPENUHI OLEH KERANA ACARA YANG BERLANGSUNG, TETAPI DIPENUHI DALAM MENGIMARAHKAN PUSAT ISLAM DENGAN AKTIVITI IBADAH YANG MENDEKAT DIRI KEPADANYA.
BUKAN JUA SEKADAR DIPENUHI SETIAP KALI JUMAAT.
SEMOGA PROGRAM-PROGRAM SEPERTI INI MAMPU MEMBUKA MATA MAHASISWA KITA
PAMERAN-PAMERAN DIBUKA YANG MANA MEMPAMERKAN SEJARAH BERLAKUNYA KEGANASAN
ISRAEL LAKNATULLAH DI PALESTIN. SEJARAH BERMULA DARI LUASNYA TAPAK TANAH PALESTIN
YANG KINI SEMAKIN KECIL SEBESAR ASAL TANAH ISRAEL DAHULU KALA.
Subscribe to:
Posts (Atom)







































